Esei Kumpulan

WEB 2.0 (PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)

1.0 Pengenalan
Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi Internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai serta menekankan konsep komunikasi web secara dua hala. Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua yang boleh dilayari secara kolaborasi dan pengkongsian maklumat secara online. Menurut Tim O’Reilly, Web 2.0 dapat didefinisikan sebagai berikut: “Web 2.0 adalah revolusi arus perniagaan di industri komputer yang disebabkan oleh penggunaan internet sebagai platform, dan merupakan suatu percubaan untuk memahami pelbagai peraturan bagi mencapai keberhasilan pada platform baru tersebut. Web 2.0 ini ini lebih mesra pengguna iaitu interaksi sosial di dunia maya sudah menjadi keperluan sehingga era Web 2.0 ini memiliki beberapa ciri yang boleh berkongsi maklumat (share), berkerjasama dan mengeksploitasi.
Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”.  Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan satu sama lain dalam media sosial Ini berbeza dengan laman web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif.  Contoh Web 2.0 termasuk laman rangkaian sosial, youtube, wiki, laman perkongsian video, blog, Friendster, Myspace, Youtube, Fickr, aplikasi web, Mashup, folksonomies dan   sebagainya.
Dalam bidang pendidikan, teknologi Web 2.0 telah menyediakan guru-guru mengenai satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang lebih bermakna.
Kemunculan aplikasi web 2.0 seperti blog, wikis, facebook dan Youtube telah membawa perubahan terhadap konsep dan kriteria e-pembelajaran Web 1.0.  Seperti yang telah dihuraikan, e-pembelajaran Web 1.0 pada peringkat awal lebih tertumpu kepada strategi penyebaran maklumat. E-pembelajaran 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek renungan dan kolaborasi antara pelajar melalui penggunaan teknologi komunikasi. E-pembelajaran 2.0 menekankan aspek pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking)

2.0  Web 2.0 yang digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Wordle ialah satu alat yang melihat teks yang diberikan (pelajar boleh menaip perkataan yang menerangkan tentang diri mereka, perkara yang ingin dipelajari, perkara yang pernah dipelajari; perbendaharaan kata yang sukar bagi mereka; perkataan yang menerangkan tentang negara yang sedang dipelajari) dan kemudian membina satu ringkasan “awan perkataan” daripada perkataan tersebut. Awan perkataan menonjolkan perkataan yang sering digunakan dalam teks asal. Pengguna boleh menukar fon, susun atur dan warna yang digunakan. Setelah “awan perkataan” dibina, pelajar boleh merakam syot layar untuk disimpan dan ditampalkan pada suatu aplikasi, atau disimpan dalam Paint/Photoshop dalam format imej jpg untuk digunakan dalam sesuatu projek. Mereka juga boleh mencetaknya dan membina papan buletin dalam kelas daripada perkataan tersebut.
Wallwisher ialah aplikasi Internet yang membolehkan pelajar memberikan pendapat mereka mengenai suatu topik umum dengan nota elektronik yang dilekatkan di dinding web. Pelajar boleh menaip maksimum 160 huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai. Wallwisher juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas, dan sebagainya.
Wiki adalah salah satu daripada komponen Web 2.0 yang boleh digunakan untuk memantapkan proses pembelajaran. Wiki juga ialah alat komunikasi dan kerjasama dalam laman web yang boleh digunakan bagi menggalakkan pelajar untuk belajar dengan orang lain dalam satu persekitaran kolaboratif (Kevin & Joseph, 2007).Wiki juga boleh menjadi satu alat yang sesuai untuk mendapatkan input berterusan bagi suatu kajian atau projek, kerana input komuniti boleh membantu untuk memaklumkan dan memberikan arah kepada penyelidikan seterusnya. Tiada had kepada keupayaan penggunaan wiki sebagai satu platform untuk projek kolaboratif, segalanya berkemungkinan, hanya bergantung kepada kreativiti dan masa seseorang. Wiki boleh digunakan untuk pemetaan konsep. Ia berguna untuk pemikiran idea, dan penyuntingan pada topik wiki tertentu boleh menghasilkan satu rangkaian sumber. Wiki boleh digunakan sebagai alat persembahan untuk menggantikan perisian biasa, dan pelajar boleh memberikan komen secara langsung serta mengubah kandungan persembahan. Wiki merupakan alat untuk pengarangan secara berkumpulan. Ahli kumpulan sering bekerjasama menyiapkan suatu dokumen dengan menghantar e-mel yang disertakan fail untuk disunting oleh setiap ahli kumpulan. Usaha kemudiannya dibuat untuk menyelaraskan suntingan tersebut agar hasil kerja semua orang dapat disertakan dengan sama rata.
YouTube ialah laman perkongsian video untuk memuat naik, menonton dan berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web 2.0 yang popular. Kandungan dan rakaman video YouTube boleh merangkumi animasi, , hiburan dan sebagainya. YouTube membolehkan pengguna menyiarkan dan membolehkan orang menonton video yang dimuat naik, memberikan komen dalam bentuk perbincangan, mencari kandungan melalui kata kunci atau kategori.
Flickr ialah satu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi pada gambar tersebut. Flickr juga menyediakan pelbagai tetapan privasi yang memberi pengguna kawalan terhadap cara penggunaan yang diingini untuk gambar-gambar mereka. Flickr memberikan peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni yang lain. Selain itu, blog adalah satu laman web untuk membuat catatan.Mereka boleh mengakses blog dan  memberi komen terhadap entri tersebut, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada penulis. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran. WordPress pula ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog.
Prezi berfungsi sama seperti Power Point, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih dan menarik. Persembahan melalui Prezi dibina pada „kanvas‟ dan bukannya slaid. Ini memudahkan penyampai untuk memberi tumpuan terhadap penggabungan teks, imej dan multimedia. Item-item di atas kanvas boleh diheret, disengetkan dan dizum agar kelihatan lebih menarik..
Akhir sekali, antara web 2.0 yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah i folio. I folio digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Sistem ini adalah salah satu medan perbincangan dan pensyarah boleh memuat naik nota dan proses pengajaran dan pembelajaran masih boleh berlaku. elbagai kegunaan dan faedah dapat diperoleh oleh saya sebagai pelajar dengan menggunakan iFolio ini. Segala bentuk pengumuman, bahan-bahan dan maklumat dapat diperoleh secara atas talian dengan begitu mudah. Pelajar-pelajar yang ingin bertanya kepada pensyarah juga boleh melakukannya dengan menggunakan sistem ini.

3.0  Kebaikan Web 2.0
Kelebihan Web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktiviti yang dilakukan pengguna dalam membuat website berkembang secara organik seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap harinya pada Wikipedia atau website eBay yang menciptakan pasar dengan adanya pengguna yang berlaku sebagai pembeli dan penjual. Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai device, entah mobile/handheld device, PC, ataupun server internet. Dalam banyak hal, penggunaan dan pemanfaatan Web 2.0 dapat memberikan sokongan kemudahan yang mencukupi untuk beberapa hal seperti user interface, model programming, ataupun model bisnes. Web 2.0 juga turut membantu pengguna untuk memaparkan semua jenis maklumat yang diperlukan.
Web 2.0 juga  membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript).4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya.

Web 2.0 bukan merupakan perkara baru dalam dunia internet khasnya pada era globalisasi kini. Hal ini adalah ekoran daripada kepantasan anjakan paradigma dan transformasi dunia global. Sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan web untuk mendapatkan maklumat semata-mata. Namun dengan kewujudan web 2.0, komunikasi manusia dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Dengan adanya web 2.0 ini dapat memberikan manfaat kepada penggunakan untuk meneroka teknologi dengan lebih baik. Perbezaan budaya, agama, bangsa, warna kulit dan negara bukan lagi menjadi ukuran dalam menjalinkan perhubungan meskipun hanya secara maya.
Selain komunikasi dua hala, web 2.0 juga mempunyai kelebihan kepada pelajar iaitu di mana pelajar dapat berkongsi maklumat serta perbincangan yang dilakukan dalam kelas. Perbincangan-perbincangan yang dilakukan juga dapat memberikan maklumat yang lebih menarik kepada pelajar. Dengan pengguaan web 2.0 ini dapat mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan teknologi yang semakin hari semakin canggih kepada pelajar. Melalui web 2.0 ini juga dapat memudahkan kerja guru untuk memberikan tugasan dan perbincangan terutamanya kepada pelajar-pelajar universiti. Dalam web 2.0 juga dapat membantu pelajar untuk memberikan pendapat atau pandangan tentang sesuatu perkara. Perkara ini dapat melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta memberikan peluang kepada pelajar untuk memaparkan karya mereka sendiri.

4.0   Kekurangan Web 2.0
Walaupun terdapat banyak kelebihan web 2.0, namun kelemahannya juga turut dipertikaikan. Antara kelemahan web 2.0 dilihat menerusi pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan pada sosial network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia Blog. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan maklumat yang diberikan atau dipaparkan dalam Blog agak sukar untuk dipercayai kerana pengguaan Blog ini lebih kepada memberikan pandangan atau pendapat tentang sesuatu perkara. Dengan adanya RSS di dalam Blog, informasi-informasi di dalam sebuah Blog dimungkinkan dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi menjadi sebahagian isi kepada blog yang lain. Oleh itu, kita haruslah berhati-bati dalam memilih maklumat yang dipaparkan Terlepas dari itu semua, ternyata web 2.0 mempunyai kelemahan didalamnya yang memungkinkan seseorang dapat memporak-perandakan aplikasi web 2.0 tersebut.
Selain itu, kekurangan web 2.0 juga adalah memerlukan capaian internet untuk melayarinya. Hal ini akan menjadi masalah bagi pengguna yang berada di kawasan pendalaman. Perkara ini kan menyukarkan mereka untuk melakukan kerja dan mencari maklumat yang diperlukan terutamanya bagi pelajar yang menggunakan web 2.0 ini sebagai salah satu platform dalam melakukan setiap tugaan atau perbincangan. Hal ini kerana, pensyarah lebih gemar menggunakan salah satu aplikasi web 2.0 ini sebagai salah satu platform mereka dalam memberikan maklumat, perbincangan dan tugasan kepada pelajar.
Seterusnya, kekurang web 2.0 adalah aplikasi yang digunakan sering melakukan kemaskini sehingga menyukarkan pengguna untuk menggunakannya. Apabila berlaku masalah seperti ini akan memerlukan beberapa hari sehingga aplikasi tersebut dapat digunakan. Pencerobohan akaun juga dapat sering berlaku menyebabkan maklumat-maklumat peribadi dapat diketahui oleh pengguna lain. Masalah ini adalah penting kerana ia melibatkan maklumat peribadi pengguna tersebut.
Penggunaan web 2.0 ini juga memberikan keburukan kepada remaja kerana kebanyakan remaja menggunakan web 2.0 ini memaparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga berlakunya pergaduhan. Penggunaan web 2.0 ini juga akan menyebabkan berlakunya pembaziran masa kerana pengguna akan menjadi leka jika tidak dicegah atau dipantau dengan baik.


 5.0  Isu dan Cabaran dalam Mengaplikasikan Web 2.0 kepada Pelajar Pendidikan Khas
Dalam mengaplikasikan web 2.0 kepada pelajar Pendidikan Khas terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh guru, pelajar dan ibu bapa. Web 2.0 semestinya mempunyai banyak kelebihan kepada sesiapa yang mengaplikasinya kerana alat ini telah terbukti memberi keberkesanan dalam bidang pendidikan. Salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pendidik dalam penggunaan web 2.o ialah sikap pendidik itu sendiri. Sikap yang ingin dinyatakan di sini ialah sikap negatif segelintir pendidik yang tidak mahu menggunakan aplikasi web 2.o dalam bidang pendidikan kerana telah biasa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lama. Sebagai guru Pendidikan Khas penggunakan aplikasi ini penting diajar untuk pelajar bekeperluan khas kerana mereka perlu mengetahui dan menerokai aplikasi ini walaupun perkara asas supaya mereka tidak ketinggalan daripada pelajar-pelajar tipikal. Pendidik perlu sentiasa peka dengan arus teknologi dalam pendidikan abad ini kerana teknologi sentiasa berubah tanpa disedari. Justeru, sikap positif pendidik dalam menggunakan teknologi perlu diserap dalam diri pendidik. Hasil kajian Abdul Wahab et al. (2006) menyatakan bahawa terdapat hubung kait antara sikap dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana sikap yang positif dalam diri guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran seterusnya kepada pendidik ialah terdapat juga segelintir pendidik yang tidak mempunyai kemahiran dan pengtahuan dalam bidang teknologi. Masalah ini terjadi kerana pendidik kurang mendapat pendedahan mengenai aplikasi yang terdapat dalam Web 2.0 sebagai alat untuk membantu mereka melaksanakan pembelajaran dan pengajaran. Guru pendidikan khas terutamnya haruslah memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi kerana pelajar-pelajar Pendidikan Khas haruslah dibimbing daripada asas sehinggalah mereka mahir dalam menggunakannya.
Seterusnya, pelajar juga haruslah memainkan peranan penting dalam penggunaan aplikasi web 2.0. Hal ini kerana daripada penggunaan ini mereka akan dapat meningkatkan pengetahuan yang sedia ada. Antara cabaran yang dihadapi ialah sikap segelintir pelajar itu sendiri yang hanya menggunakan aplikasi ini apabila diarahkan oleh guru. Mereka sendiri tidak mempunyai usaha sendiri untuk mengaksesnya. Selain itu, bagi pelajar bekeperluan khas mereka mempunyai keupayaan yang terhad apabila ramai dalam kalangan mereka yang langsung tidak mengetahui dan tidak dapat menggunakan aplikasi ini. Pelajar ini tidak dapat mempelajarinya sendiri walaupun terdapat banyak video-video cara penggunaan sesuatu aplikasi dapat diperolehi di laman-laman web. Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh guru-guru untuk membimbing mereka. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran oleh pelajar perlulah positif bagi meningkatkan pencapaian mereka melalui penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Namun, pelajar haruslah bijak untuk menentukan fungsi dan tujuan sebenar pelajar menggunakan teknologi dalam pembelajaran supaya tidak terlibat dengan penyalah gunaan teknologi Web 2.0.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pendidikan. Ibu bapa pada era globalisasi harulah mengetahui penggunaan teknologi kerana alat ini merupaka medium antara ibu bapa, pelajar dan guru di sekolah. Penggunaan teknologi dapat memudahkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak di sekolah. Cabaran yang dihadapi apabila sikap ibu bapa yang memandang ringan akan perkara ini membuatkan penggunaan teknologi dalam kalangan ibu bapa rendah. Selain itu, keadaan ibu bapa yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mereka kurang bernasib baik dalam kemahiran dan pengetahuan mengenai teknologi. Mereka juga tidak dapat menyediakan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak untuk menggunakan aplikasi web 2.0.
Kesimpulanya, penggunaan teknologi sangat penting kepada semua pihak. Hal ini kerana alat ini memudahkan banyak perkara harian antara guru, ibu bapa dan pelajar sendiri. Pengggunaan aplikasi web 2.0 sangat memberi banyak maanfaat dalam bidang pendidikan terutama sekali pendidikan khas yang memerlukan lebih banyak perhatian dan strategi pengajaran. Di samping itu, sebagai pelajar, guru dan ibu bapa haruslah mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ini supaya aplikasi ini tidak disia-siakan.
 6.0  Kesimpulan
Kesimpulannya, web 2.0 sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. kehadiran aplikasi Web 2.0 ini dilihat sebagai revolusi untuk menyebarkan maklumat secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan. Web 2.0 dapat membantu pengguna untuk meneroka teknologi dalam bidang pendidikan dan memberikan mereka satu peluang yang besar untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Teknologi Web 2.0 menyediakan guru-guru satu kaedah baru untuk mendekati pelajar-pelajarnya dengan cara yang bermakna. Pengguna melayari website dan mereka dapat membaca, melihat, menulis komen, pandangan, mengedit kandungan dan memuat turun gambar. Selain daripada itu juga, pengguna boleh melihat, memberi komen dalam paparan rakan yang lain dan membalas komen. Hal ini sangat penting sebagai salah satu peluang kepada pelajar untuk memberikan pendapat dan mereka boleh berkongsi pendapat dengan lebih mudah. Oleh itu, penggunaan laman-laman web bercirikan web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah diberikan perhatian khususnya kepada pelajar di peringkat rendah supaya mereka lebih terdedah kepada teknologi dan boleh meneroka teknologi dengan lebih mendalam.

SITI NORZILA BT MAT DIN (A153445)
SITI SHAZWANI IZZATI BT MOHD SAUFI (A154598)
NOOR SYAZANA BT MOHAMAD (A154127)


No comments:

Post a Comment