Kepentingan teknologi dalam pendidikan ialah teknologi akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan dan berkesan
di dalam kelas. Contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video,
visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana
pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah
untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan
dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya
persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam
sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid
dapat memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan
ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint, grafik,
audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa
yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih
mudah untuk difahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk pengkuliahan. Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera
dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas
terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam
mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk
mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran
menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu
masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui
cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama
teknologi pendidikan ialah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang berkesan membolehkan
pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran
yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu
pembinaan disiplin yang positif
Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam
penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar
daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat
pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat
cakera keras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya
pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran
secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan
dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah
memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap
kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang
berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif,
kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.